Jom Ke Sibu

DAP akan diuji buat kali pertama selepas PRU 13. DAP menang, Sarawak milik PR dalam PR Negeri Sarawak hujung 2010.....

15 September 2009

Malaysia:telah wujud pada September 1937

Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yg terbit pd September 1937 projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru. Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan2 paling bodoh bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis.Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya "Meniti lautan gelora." Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yg anti penjajahan - bentuk baru dan lama - dari kuasa kolonial barat. hari ini kita dapat melihat fakta2 ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klik

Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.) mujur A.S punya akta kebebasan maklumat sekarang, jadi kita semua boleh menyelidik dokumen2 yg dianggap sulit dan rahsia dulunya hanya pada capaian internet. Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia-yg dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yg didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S. nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempada kekuasaan negara. buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, tahun2 orang2 di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, tahun2 org2 di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. tahun2 kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja2nya, tahun2 inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama - Negeri2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu tidak bersekutu, Negeri2 Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei. gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965. pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh-Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. sekarang kita mesti belajar menjadi Malaysia yang baru, dari semua kegagalannya. apakah akan dtg kita akan terus mengadap pengajaran dari kegagalan masakini, atau kejayaannya, untuk aku, usah dipedulikan. kita hanya perlu mencuba, kalau tak cuba, kita tak tahu.

Dicatat oleh rahmat haron
Blog SampahSeni

14 September 2009

Kenali Insan Agung Kekasih Allah

Dibulan Ramadhan Al mubarak ini, marilah kita mengambil kesempatan mengenali dengan lebih mendalam akan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga-moga dengan lebih mengenali Baginda, kita akan lebih mencintai Rasulullah.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , Jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمNabi Muhammad SAW - Manusia agongKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Kata-kata hikmat:Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.


Ihsan dari Blog zul4kulim
Kekanda kesanyanganku.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad23 Ramadhan 1430
13 Sept 2009