Jom Ke Sibu

DAP akan diuji buat kali pertama selepas PRU 13. DAP menang, Sarawak milik PR dalam PR Negeri Sarawak hujung 2010.....

24 March 2009

Qhauhd pelajar kebanggaan Malaya




Qhaud Pelajar Cemerlang
Qhaud (Gambar) dipilih Principal dan Fakulti sebagai pelajar cemerlang minggu lalu. Seperti biasa, dia berhak mendapat imbuhan terhadap pencapaiannya. Siapakah seorang rakan yang dipilih untuk berkongsi habuannya itu? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.Pelajar begitu merasai kehilangan rakan mereka, Adila yang tersingkir pada konsert minggu lalu. Siapakah rakan yang paling merasa kehilangannya? Apakah pula isi nota wasiat yang ditinggalkan Adila kepada rakan-rakan yang masih kekal di AkademiPaling mengujakan untuk mendengar ulasan Principal dan Fakulti terhadap persembahan konsert. Juga untuk mengetahui tugasan baru untuk minggu ketiga. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)
komen###
Suka tengok si Qhauhd ni masa konsert kedua, nyanyi lagu Bila nak Saksi (spider) dan Lagu Untukkmu (MUH), siap bleh grak-grak kening macam Ziana Zain lagi. Sering mendapat pujian Adlin, wa harap dia dapat bertahan sehingga final, dan berjaya dalam karier dia. Memang aku akan beli album dia, kalau dia buat album la, dan akan sokong dia sebab dia budak baik dan very promising. Ada background agama, dan masih muda. Dan buat pertama kali aku mengundi bebudak AF (konsert kedua, 3 undi buat Qaud, mentang2lah aku dapat reload free DIGI RM50)
OK. TQ

12 March 2009

Petua-petua kampung


Email dari: Alif Hafriz24
CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilanmakanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Inimenyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahitdan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismasimpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pastianda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garambermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan merekayang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secaraperlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudahdihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengankuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam petiais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minumanmasam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dankandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jikaanda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitambukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidratkompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkandalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan andamakan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana andaboleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga bolehmembuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebusmemanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikitminyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayurandahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingintambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyakmakanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akanmembantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satukalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengansantai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengankeperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihandapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakandengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah dengan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkanotot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikdan merampingkan peha.PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSINGBerat yang BerlebihanDibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkanberat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahanlimau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asamjawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.PETUA KECANTIKAN WAJAH
34. Menghilangkan Parut JerawatMula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
35. Menghilangkan Tahi LalatAsalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
36. Bibir Merah SemulajadiPetua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
37. Melebatkan Bulu KeningSetiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
38. Licin BerseriAmbil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
39. Naikkan Seri Wajah/MukaSetiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....
40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah MataSemasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
41. Menghilangkan Lebam Bawah MataSebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
42. Melicinkan WajahAmbil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
43. Memerahkan Bibir Yang HitamBibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
44. Menghilangkan Lebam di BibirUntuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
45. Memerahkan BibirSaya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu KeningCaranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan padatiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagiinsyaallah mujarab.
48. Mencantikkan Kulit MukaUntuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgntuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat danmenegangkan kulit muka yang kendur.
49. Menyerikan WajahAmbil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
50. Menghilangkan Hitam di Muka dan JerawatAmbil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
51. Petua Awet MudaBangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
52. Muka BerseriBangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
53. Sentiasa MudaRamai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda
54. Nampak MudaUntuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.
55. Sentiasa Awet MudaUntuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.
56. Kulit Sentiasa TegangBasuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
57. Muda Jelita SentiasaSetiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.
58. Wajah JelitaSemasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain
59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan KeningIngin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.
60. Memutihkan Kulit MukaAmbil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
61. Menghaluskan Kulit MukaPetua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANGMenurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
71. Juga Untuk Menurunkan Darah TinggiAmbil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
72. Menghilangkan Kencing ManisHari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit GastrikJika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!
74. Tajamkan PenglihatanAmalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.
75. Melawaskan KencingUntuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
76. Menurunkan Darah TinggiUntuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.
77. Menghilangkan Sakit Kencing ManisJika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.
Ikhsan Blog DRS. KHALIL IDHAM LIM

11 March 2009

Yus Raja Lawak 1....mana pigi daaa

Dengarnya...: Yus tolak tawaran program TV sebab malu?
(Ikhsan BHarian)

TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan Sepah yang menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga baru-baru ini. Cik Normah ingatkan Jihan yang mewakili golongan kami akan menang tapi apakan daya, kekuatan Sepah lebih hebat. Apa-apa pun Cik Normah doakan semoga Sepah akan terus sukses macam Nabil, juara Raja Lawak musim kedua. Nabil yang juga calon finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Terbaik ini memang ramai peminat dan tak keterlaluan Cik Normah katakan kekasih Irma Hasmie ini laris di pasaran. Tak sampai setahun berada di dalam industri seni, tak silap Cik Normah sudah tujuh filem dibintanginya. Okeylah, Cik Normah nak alihkan tumpuan peminat kepada pemenang Raja Lawak musim pertama, Yus. Anda semua ingat lagi tak? Mesti ada yang sudah lupa dengan penampilan lelaki bertubuh gempal berasal dari Perlis ini. Yus datang dengan bakat yang diasah daripada teater, tapi mungkin dia tidak datang dengan pakej yang baik, lalu namanya terus berkubur begitu saja.
Mungkin ini diskriminasi yang berlaku terhadap anak seni yang tidak hadir dengan wajah menawan. Terbaru, Cik Normah dengar Yus kini bekerja sebagai pemuzik di sebuah universiti utara tanah air. Rupa-rupanya, Cik Normah dimaklumkan hakikatnya Yus memang tak boleh nak sesuaikan diri dengan dunia artis. Kalau boleh memang dia tak mahu lagi berada di dalam kelompok orang glamor macam Cik Normah ini, biarpun Cik Normah bukanlah artis pun. Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile. Kawan Cik Normah, Lara Kirana Manja pernah beritahu yang Yus pernah dijemput untuk menjadi tetamu sebuah program bercorak jalan jalan sambil cari makan. Kebetulan yang menjadi pengacara program itu turut dilahirkan dalam program yang sama. Bayangkan selepas dia mengesahkan untuk menjadi tetamu program itu, tiba-tiba pada saat akhir Yus boleh batalkan dengan alasan malu dan tak mahu lagi terdedah di depan kaca TV. Hai! Macam-macam.

10 March 2009

Sepah Lagiiiii, HABIS MADU JANGANLAH SEPAH DIBUANG!!!


Sepah bakal ganti Senario?

Oleh SHAZRYN MOHD.

KUMPULAN Sepah yang menjadi juara Raja Lawak musim ketiga membuka peluang mereka untuk menjadi pelawak pelapis negara.
MALAM Jumaat lalu, ternyata memberikan satu kejutan manis dan pastinya, ia akan tercatat sebagai satu pengalaman baru dalam diri tiga anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sepah.
Masakan tidak, buat julung kalinya, setelah tiga musim bersiaran, pertandingan realiti, Raja Lawak berjaya menobatkan peserta berkumpulan pertama dalam pertandingan itu dengan menewaskan pencabar terdekat mereka, Jihan dan Amir.
Kemenangan Sepah yang dianggotai oleh Shahmira Muhamad, Mohd. Nadzri Zainal Abidin dan Mohd. Noor Murad sebenarnya adalah sesuatu yang sudah dijangka dari awal.
Walaupun sebelum pertandingan bermula, sudah ada suara-suara yang membisikkan satu-satunya peserta wanita di peringkat akhir, Jihan akan menjuarai pertandingan itu sekali gus memecah dominasi peserta lelaki yang diangkat sebagai juara sebelum ini.
Namun, itulah rezeki dan bak kata pepatah lama, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Apa yang pasti, dengan bergelar juara, kumpulan Sepah berjaya mengisi kekosongan bakat pelawak yang ada di negara ini yang kelihatan semakin tandus.
Setidak-tidaknya dengan kehadiran kumpulan berasal dari Johor ini mampu memberikan variasi kepada industri yang sering disogokkan dengan muka yang sama mendominasi segala medium yang terhidang untuk masyarakat.
Bukan itu sahaja, ada kalanya mereka kelihatan seperti kekeringan idea dan disebabkan itu lawak yang mereka tampilkan kelihatan begitu bodoh lantas mencerminkan betapa ceteknya ilmu yang ada dalam diri mereka.
Tetapi, bagi kumpulan Sepah, mereka berjaya menghasilkan sesuatu produk yang segar dan mudah diterima walaupun ada kalanya, ia mempunyai maksud yang tersirat sehingga ia mampu dilabelkan sebagai lawak lucah.
Tetapi bagi mereka, ia terpulang kepada penerimaan penonton dan peminat untuk menafsir sendiri apa yang mereka cuba sampaikan.
"Dengan berjayanya kami melangkah masuk ke gelanggang ini, ia merupakan tanda aras baru untuk kami dalam memberikan persembahan yang baik.
"Bukan mudah untuk membuat orang ketawa dan kami juga tidak memikirkan tentang kemenangan kerana misi kami adalah untuk memastikan penonton dan peminat kami terhibur dengan persembahan kami.
"Ini kerana undian mereka itu sememangnya cukup berharga dan apabila amanah itu diberikan kepada kami, maka dengan itu, kami harus lakukan yang terbaik.
"Sepanjang 10 minggu berada di sini, telah banyak yang kami belajar dan Insya-Allah, kami juga tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana perjalanan kami masih lagi panjang," kata Nadzri mewakili teman-temannya sewaktu sidang media sejurus selepas pertandingan berakhir.
Dengan gelaran juara, kumpulan Sepah berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Citroen Picasso serta wang tunai berjumlah RM20,000 selain barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
Memang tidak dinafikan, sepanjang perjuangan mereka di gelanggang Raja Lawak, mereka berjaya mempamerkan persembahan yang cukup konsisten sehingga mendapat pujian daripada tiga pengkritik tetap iaitu Fauziah Nawi, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau dan Adlin Aman Ramlie selaku juri undangan pada malam pertandingan akhir.
Lantaran itu, apabila mereka dijulang sebagai juara, tiada apa yang harus dipertikaikan kerana apa yang mereka tampilkan pada malam pertandingan akhir sememangnya melayakkan mereka membawa pulang gelaran itu.
"Ini merupakan permulaan untuk kami bagi meneruskan apa yang kami minat selama ini. Dan, apabila anda mengatakan kami sudah mampu menggantikan tempat kumpulan Senario, ia satu penghormatan buat kami.
"Ternyata, kami belum sampai ke tahap itu lagi dan kami menghormati Senario sebagai kumpulan lawak yang kami kagumi. Apa yang kami harapkan adalah untuk kekal di persada seni tanah air," kata Noor pula.
Ternyata, pintu untuk kumpulan Sepah kini sudah terbuka luas dan apa yang pasti, mereka akan melalui satu fasa baru dalam hidup mereka yang sebelum ini tidak langsung mereka fikirkan.
Menjadi sanjungan peminat dan berada di dalam dunia glamor sememangnya cukup menguji keimanan dan kekuatan ukhwah sesama mereka.
Malah, adalah menjadi satu perkara yang normal juga apabila mereka akan berdepan dengan senario yang mampu menggoyahkan kedudukan mereka sebagai kumpulan lawak.
Siapa tahu jika selepas ini akan ada tawaran yang mahukan ketiga-tiga mereka bergerak secara solo dan faktor itu juga mampu menyumbang kepada perpecahan kumpulan mereka kelak.
Namun, dengan penuh optimis, Shahmira memberikan jawapannya apabila dia tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kumpulan mereka.
"Kalau seorang tiada dalam kumpulan ini, ia boleh diumpamakan seperti patahnya sebelah sayap dan bayangkan kalau kedua-duanya tiada, maka, kami tidak mampu untuk terbang tinggi.
"Insya-Allah, kami akan pelihara apa yang kami telah sematkan dalam hati sebelum ini dan apa yang pasti, kami mahu kumpulan Sepah ini akan kekal sampai bila-bila," kata jejaka berusia 24 tahun itu lagi.
Ditanya tentang kekuatan kumpulan mereka, Nadzri memberitahu segala permasalahan yang dihadapi akan diselesaikan secara baik kerana mereka tidak mahu ia menjejaskan persembahan mereka.
"Tidak dinafikan ada kalanya berkumpulan ini masalahnya lebih berbanding dengan pelawak solo kerana akan ada banyak idea sehingga mampu mencetuskan perbalahan.
Platform
"Kami tidak nafikan kewujudan masalah itu tetapi kami selesaikan secara bijak dan matang demi kepentingan bersama. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik," jelasnya.
Tentang perkembangan dan hala tuju kumpulan Sepah pula, Astro sudah pun merangka beberapa program sebagai platform untuk mereka mengembangkan lagi bakat mereka.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani memberitahu, sebagai permulaan mereka akan tampil dalam sebuah program bercorak hiburan yang akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) tidak lama lagi.
"Selepas itu, barulah kami akan fikirkan perancangan seterusnya untuk kumpulan Sepah dan semuanya akan dibincangkan bersama Maestro," katanya.
Bagi naib juara, Jihan atau nama sebenarnya, Nuur Jihan Musa, meskipun gagal bergelar juara, tetapi pengalaman yang dikutip sepanjang 10 minggu sememangnya merupakan kenangan yang terindah baginya.
"Banyak perkara yang saya belajar sepanjang pertandingan ini dan apabila berjaya ke peringkat akhir, tiada apa lagi yang mampu saya ungkapkan melainkan syukur.
"Tentang persembahan saya, memang saya tidak nafikan persembahan pertama itu saya tidak melakukan yang terbaik dan saya berasa sedikit kecewa.
"Namun, untuk persembahan kedua, saya menjadi semakin yakin dan apa yang saya persembahkan itu mendapat tepukan serta membuat orang ketawa, saya puas hati. Saya tahu saya tidak pandai menyanyi mengikut tempo tetapi saya lakukan mengikut kata hati saya," ujar wanita berusia 25 tahun ini penuh jujur.
Dengan kemenangan itu, Jihan berjaya membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM 14,000, barangan elektrik serta trofi sumbangan Astro.
Untuk tempat ketiga pula yang dimenangi oleh Amir atau nama penuhnya, Mohd. Amirullah Azmi, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM 8,000, barangan elektrik dan trofi.
"Saya tidak kisah pun apa orang nak kata. Apa yang saya tahu, saya lakukan yang terbaik untuk diri saya kerana inilah diri saya yang sebenar," katanya ketika diminta mengulas tentang persembahan hambarnya pada malam pertandingan akhir itu

Gambar-Gambar terpilih daaaa


Liena Hangat Sah bergelar isteri Mohd. Zaipul
Setelah empat tahun hidup bersendirian, penyanyi Liena Hangat kini isteri kepada Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Negara (8/3).
Berwalikan bapa Liena, Abdul Rahman Ahmad, 66, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM404.
Dengan sekali lafaz, Liena atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 37, dan Zaipul, 35, sah menjadi suami isteri tepat pukul 10.45 pagi. Pasangan mempelai kelihatan berseri mengenakan busana sedondon rona putih.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi penyanyi yang popular dengan lagu Ceria Dalam Gundah itu setelah berjaya menuntut fasakh daripada bekas suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah pada Ogos tahun lalu.
Pada majlis itu, rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran antaranya wang hantaran RM22,000 termasuk RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN), sirih junjung, tas tangan dan kasut berjenama Louis Vuitton, produk penjagaan wajah serta senaskhah al-Quran.
Liena membalas dengan 11 hantaran termasuk sirih junjung, kasut, kek, tali pinggang serta jam tangan dan minyak wangi Mont Blanc.
Ketika ditemui, pasangan itu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Inilah yang kami mahu, semuanya sederhana dan tidak berlebihan. Harap-harap perkahwinan kami diberkati selamanya,” kata Liena.
Majlis persandingan khusus untuk rakan-rakan artis, media dan keluarga terdekat diadakan malam ini bertempat di restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor.
Majlis resepsi keluarga Liena bakal diadakan pada 14 Mac ini di kediaman mereka di Skudai, Johor, manakala bagi pihak Zaipul pula akan berlangsung di Kelantan pada 21 Mac ini.

Mat Epoy dah kawin dahhh..ngan Artis lagi..sapa tuuu???

‘Suami terbaik saya’....kata Liena Hangat.

Mat Epoy ni kawan opis aku daaaa, cute gitu....

Malah, kata Liena, atau nama sebenarnya Norazlina Abd Rahman, 37, tidak terlintas di hatinya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua kerana sudah lama hidup berdikari sejak ditinggalkan bekas suaminya, warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.Namun, pertemuan Leina dengan Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35, yang juga kakitangan kerajaan dari Ketereh, Kelantan pada Mac tahun lalu ternyata mengubah segalanya.Zaipul bukan saja banyak membantu Leina menguruskan kes perceraiannya sebelum ini, malah sentiasa di sisinya ketika berhadapan dengan sebarang masalah.Bermula sebagai rakan baik, akhirnya keikhlasan dan ketulusan hati Zaipul berjaya membuka pintu hati Leina untuk menerimanya sebagai suami. Justeru, tidak sampai setahun mengenali hati budi masing-masing, Leina dan Zaipul memutuskan untuk mengakhiri persahabatan dengan ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama.Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana ringkas di Masjid Negara, kira-kira jam 10.45 pagi, kelmarin.Dengan sekali lafaz, Leina sah bergelar isteri kepada Zaipul dengan berwalikan bapanya, Abd Rahman Ahmad di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim. Pihak lelaki juga menyerahkan wang hantaran kahwin sebanyak RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mas kahwin sebanyak RM404. Jumlah keseluruhan wang hantaran yang diterima pihak perempuan ialah RM22,000.Pada majlis akad nikah juga pihak lelaki menyerahkan sebelas dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Antara barang hantaran untuk pihak perempuan ialah kasut dan beg tangan jenama LV, produk SKII, rantai emas Habib Jewels, set wangian jenama Gucci dan pen Mont Blanc.
Manakala, barangan hantaran untuk pihak lelaki pula ialah kek, cincin, bunga rampai, jam tangan dan set wangian jenama Mont Blanc, tali pinggang, kemeja jenama Valentino dan kasut jenama Aigner.
Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, Leina yang anggun bertudung berkata, dia menerima Zaipul dalam hidupnya kerana yakin dia adalah suami terbaik buat dirinya.“Terus terang, perkahwinan ini memang tidak dirancang kerana saya tidak bercadang untuk berkahwin lagi selepas kegagalan rumah tangga pertama. Namun, Tuhan membuka pintu hati saya untuk berkahwin semula sejak berkawan dengan Zaipul.“Pada peringkat awal, memang susah untuk mencari keserasian kerana kami mempunyai banyak perbezaan termasuk dalam soal makanan dan hobi. Contohnya, saya suka bermain sukan polo dan Zaipul pula suka bermain boling.“Namun, perbezaan itu akhirnya mengeratkan lagi hubungan kami berdua seterusnya membuahkan perasaan sayang antara satu sama lain,” katanya.Tambah anak kedua dari enam beradik yang pernah berlakon dalam filem Awas dan Satay ni, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa selepas berkahwin. “Zaipul tidak menghalang saya meneruskan kerjaya seni seperti biasa asalkan tidak melanggar batas sebagai isteri dan pada masa sama menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.“Selepas majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, kami merancang untuk berbulan madu pula. Tapi, maaflah, kami ingin merahsiakan destinasinya atas sebab tertentu. “Soal anak pula, ia terpulang pada rezeki dari tuhan. Dengan usia sekarang, saya berharap kami dapat seorang anak yang boleh mengikat kasih sayang kami berdua hingga ke akhir hayat,” katanya.Bagi Zaipul, anak keempat dari tujuh beradik ini pula, dia memilih Liena kerana tertarik dengan keikhlasan hatinya itu.“Sebenarnya, pada peringkat awal perkenalan, saya memang tidak tahu Liena adalah artis, Tetapi bila sudah beberapa bulan berkawan, barulah saya tahu siapa dia termasuk statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.“Perbezaan usia dua tahun juga bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga kerana apa yang penting, kami boleh menerima diri masing-masing seadanya kerana saya sedar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.“Lebih bermakna, keluarga juga merestui pilihan hati saya untuk mengambil Liena sebagai isteri kerana menyedari usia saya pun bukan muda lagi,” katanya.Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada sebelah malamnya pula dan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga terdekat, rakan artis dan pihak media di Bora Ombak, Ampang. Manakala majlis persandingan di sebelah pihak perempuan akan berlangsung di Johor pada 14 Mac ini. Ia disusuli dengan majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki di Kelantan pada 21 Mac nanti. Mengenai kerjaya seninya, Leina berkata, dia masih aktif memenuhi undangan menyanyi untuk majlis makan malam pihak korporat mahupun persendirian.“Mungkin tidak banyak publisiti mengenai diri saya di paparkan di akhbar mahupun majalah tapi undangan menyanyi tidak pernah putus diterima sampai sekarang. “Berbanding lakonan, cinta saya begitu mendalam dalam bidang nyanyian. Justeru, saya merancang untuk buat single dengan menggunakan duit sendiri nanti. Setakat ini, saya sudah ada material tapi masih dalam proses pemilihan lagi,” katanya. Hampir enam tahun menyepi, Leina kembali berlakon dengan beraksi dalam drama bersiri 26 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd (JSPSB), Ta'in Turun Town (Ta'in 3T) arahan Jinggo. Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam drama seperti Imbasan, Perca-Perca dan cerekarama Warkah Dari Alabama arahan Harun Salim Bachik.

-Ikhsan myMetro

Demonstrasi PPSMI, Kuala Lumpur, 7 Mac 2009






Nampak macam kat Palestin pun ada.


















09 March 2009

Raja Lawak 3

Akhirnya Kumpulan Sepah Juara Raja Lawak Musim Ke 3


SEPAH de Best.

Kegemaran baru aku, sungguh bangga dengan SEPAH, ternyata orang2 Kulai seperti SEPAH dan Felda Taib Andak seperti MAWI ni, sungguh pandai mengambil hati peminat dalam persembahan. Nanti aku fikir-fikirkan dulu.

Jihan juga sungguh membanggakan.