Jom Ke Sibu

DAP akan diuji buat kali pertama selepas PRU 13. DAP menang, Sarawak milik PR dalam PR Negeri Sarawak hujung 2010.....

11 March 2009

Yus Raja Lawak 1....mana pigi daaa

Dengarnya...: Yus tolak tawaran program TV sebab malu?
(Ikhsan BHarian)

TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan Sepah yang menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga baru-baru ini. Cik Normah ingatkan Jihan yang mewakili golongan kami akan menang tapi apakan daya, kekuatan Sepah lebih hebat. Apa-apa pun Cik Normah doakan semoga Sepah akan terus sukses macam Nabil, juara Raja Lawak musim kedua. Nabil yang juga calon finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Terbaik ini memang ramai peminat dan tak keterlaluan Cik Normah katakan kekasih Irma Hasmie ini laris di pasaran. Tak sampai setahun berada di dalam industri seni, tak silap Cik Normah sudah tujuh filem dibintanginya. Okeylah, Cik Normah nak alihkan tumpuan peminat kepada pemenang Raja Lawak musim pertama, Yus. Anda semua ingat lagi tak? Mesti ada yang sudah lupa dengan penampilan lelaki bertubuh gempal berasal dari Perlis ini. Yus datang dengan bakat yang diasah daripada teater, tapi mungkin dia tidak datang dengan pakej yang baik, lalu namanya terus berkubur begitu saja.
Mungkin ini diskriminasi yang berlaku terhadap anak seni yang tidak hadir dengan wajah menawan. Terbaru, Cik Normah dengar Yus kini bekerja sebagai pemuzik di sebuah universiti utara tanah air. Rupa-rupanya, Cik Normah dimaklumkan hakikatnya Yus memang tak boleh nak sesuaikan diri dengan dunia artis. Kalau boleh memang dia tak mahu lagi berada di dalam kelompok orang glamor macam Cik Normah ini, biarpun Cik Normah bukanlah artis pun. Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile. Kawan Cik Normah, Lara Kirana Manja pernah beritahu yang Yus pernah dijemput untuk menjadi tetamu sebuah program bercorak jalan jalan sambil cari makan. Kebetulan yang menjadi pengacara program itu turut dilahirkan dalam program yang sama. Bayangkan selepas dia mengesahkan untuk menjadi tetamu program itu, tiba-tiba pada saat akhir Yus boleh batalkan dengan alasan malu dan tak mahu lagi terdedah di depan kaca TV. Hai! Macam-macam.

No comments: