Jom Ke Sibu

DAP akan diuji buat kali pertama selepas PRU 13. DAP menang, Sarawak milik PR dalam PR Negeri Sarawak hujung 2010.....

24 March 2009

Qhauhd pelajar kebanggaan Malaya




Qhaud Pelajar Cemerlang
Qhaud (Gambar) dipilih Principal dan Fakulti sebagai pelajar cemerlang minggu lalu. Seperti biasa, dia berhak mendapat imbuhan terhadap pencapaiannya. Siapakah seorang rakan yang dipilih untuk berkongsi habuannya itu? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.Pelajar begitu merasai kehilangan rakan mereka, Adila yang tersingkir pada konsert minggu lalu. Siapakah rakan yang paling merasa kehilangannya? Apakah pula isi nota wasiat yang ditinggalkan Adila kepada rakan-rakan yang masih kekal di AkademiPaling mengujakan untuk mendengar ulasan Principal dan Fakulti terhadap persembahan konsert. Juga untuk mengetahui tugasan baru untuk minggu ketiga. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)
komen###
Suka tengok si Qhauhd ni masa konsert kedua, nyanyi lagu Bila nak Saksi (spider) dan Lagu Untukkmu (MUH), siap bleh grak-grak kening macam Ziana Zain lagi. Sering mendapat pujian Adlin, wa harap dia dapat bertahan sehingga final, dan berjaya dalam karier dia. Memang aku akan beli album dia, kalau dia buat album la, dan akan sokong dia sebab dia budak baik dan very promising. Ada background agama, dan masih muda. Dan buat pertama kali aku mengundi bebudak AF (konsert kedua, 3 undi buat Qaud, mentang2lah aku dapat reload free DIGI RM50)
OK. TQ

No comments: