Jom Ke Sibu

DAP akan diuji buat kali pertama selepas PRU 13. DAP menang, Sarawak milik PR dalam PR Negeri Sarawak hujung 2010.....

10 March 2009

Mat Epoy dah kawin dahhh..ngan Artis lagi..sapa tuuu???

‘Suami terbaik saya’....kata Liena Hangat.

Mat Epoy ni kawan opis aku daaaa, cute gitu....

Malah, kata Liena, atau nama sebenarnya Norazlina Abd Rahman, 37, tidak terlintas di hatinya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua kerana sudah lama hidup berdikari sejak ditinggalkan bekas suaminya, warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.Namun, pertemuan Leina dengan Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35, yang juga kakitangan kerajaan dari Ketereh, Kelantan pada Mac tahun lalu ternyata mengubah segalanya.Zaipul bukan saja banyak membantu Leina menguruskan kes perceraiannya sebelum ini, malah sentiasa di sisinya ketika berhadapan dengan sebarang masalah.Bermula sebagai rakan baik, akhirnya keikhlasan dan ketulusan hati Zaipul berjaya membuka pintu hati Leina untuk menerimanya sebagai suami. Justeru, tidak sampai setahun mengenali hati budi masing-masing, Leina dan Zaipul memutuskan untuk mengakhiri persahabatan dengan ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama.Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana ringkas di Masjid Negara, kira-kira jam 10.45 pagi, kelmarin.Dengan sekali lafaz, Leina sah bergelar isteri kepada Zaipul dengan berwalikan bapanya, Abd Rahman Ahmad di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim. Pihak lelaki juga menyerahkan wang hantaran kahwin sebanyak RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mas kahwin sebanyak RM404. Jumlah keseluruhan wang hantaran yang diterima pihak perempuan ialah RM22,000.Pada majlis akad nikah juga pihak lelaki menyerahkan sebelas dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Antara barang hantaran untuk pihak perempuan ialah kasut dan beg tangan jenama LV, produk SKII, rantai emas Habib Jewels, set wangian jenama Gucci dan pen Mont Blanc.
Manakala, barangan hantaran untuk pihak lelaki pula ialah kek, cincin, bunga rampai, jam tangan dan set wangian jenama Mont Blanc, tali pinggang, kemeja jenama Valentino dan kasut jenama Aigner.
Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, Leina yang anggun bertudung berkata, dia menerima Zaipul dalam hidupnya kerana yakin dia adalah suami terbaik buat dirinya.“Terus terang, perkahwinan ini memang tidak dirancang kerana saya tidak bercadang untuk berkahwin lagi selepas kegagalan rumah tangga pertama. Namun, Tuhan membuka pintu hati saya untuk berkahwin semula sejak berkawan dengan Zaipul.“Pada peringkat awal, memang susah untuk mencari keserasian kerana kami mempunyai banyak perbezaan termasuk dalam soal makanan dan hobi. Contohnya, saya suka bermain sukan polo dan Zaipul pula suka bermain boling.“Namun, perbezaan itu akhirnya mengeratkan lagi hubungan kami berdua seterusnya membuahkan perasaan sayang antara satu sama lain,” katanya.Tambah anak kedua dari enam beradik yang pernah berlakon dalam filem Awas dan Satay ni, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa selepas berkahwin. “Zaipul tidak menghalang saya meneruskan kerjaya seni seperti biasa asalkan tidak melanggar batas sebagai isteri dan pada masa sama menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.“Selepas majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, kami merancang untuk berbulan madu pula. Tapi, maaflah, kami ingin merahsiakan destinasinya atas sebab tertentu. “Soal anak pula, ia terpulang pada rezeki dari tuhan. Dengan usia sekarang, saya berharap kami dapat seorang anak yang boleh mengikat kasih sayang kami berdua hingga ke akhir hayat,” katanya.Bagi Zaipul, anak keempat dari tujuh beradik ini pula, dia memilih Liena kerana tertarik dengan keikhlasan hatinya itu.“Sebenarnya, pada peringkat awal perkenalan, saya memang tidak tahu Liena adalah artis, Tetapi bila sudah beberapa bulan berkawan, barulah saya tahu siapa dia termasuk statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.“Perbezaan usia dua tahun juga bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga kerana apa yang penting, kami boleh menerima diri masing-masing seadanya kerana saya sedar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.“Lebih bermakna, keluarga juga merestui pilihan hati saya untuk mengambil Liena sebagai isteri kerana menyedari usia saya pun bukan muda lagi,” katanya.Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada sebelah malamnya pula dan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga terdekat, rakan artis dan pihak media di Bora Ombak, Ampang. Manakala majlis persandingan di sebelah pihak perempuan akan berlangsung di Johor pada 14 Mac ini. Ia disusuli dengan majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki di Kelantan pada 21 Mac nanti. Mengenai kerjaya seninya, Leina berkata, dia masih aktif memenuhi undangan menyanyi untuk majlis makan malam pihak korporat mahupun persendirian.“Mungkin tidak banyak publisiti mengenai diri saya di paparkan di akhbar mahupun majalah tapi undangan menyanyi tidak pernah putus diterima sampai sekarang. “Berbanding lakonan, cinta saya begitu mendalam dalam bidang nyanyian. Justeru, saya merancang untuk buat single dengan menggunakan duit sendiri nanti. Setakat ini, saya sudah ada material tapi masih dalam proses pemilihan lagi,” katanya. Hampir enam tahun menyepi, Leina kembali berlakon dengan beraksi dalam drama bersiri 26 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd (JSPSB), Ta'in Turun Town (Ta'in 3T) arahan Jinggo. Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam drama seperti Imbasan, Perca-Perca dan cerekarama Warkah Dari Alabama arahan Harun Salim Bachik.

-Ikhsan myMetro

No comments: